Sunday, March 01, 2015

Salam 2 Hari.




Assalamualaikum and hii everybody !


Salam 2 hari ? Yes ! 2 hari je lagi keputusan SPM bakal keluar. Takpe lah kott kita spend time kejap kan. Nanti kalau terperap je dekat rumah stres pulak asyik fikir pasal keputusan je. Yang paling penting redha dan tawakal, inshaaAllah.

Yayyy ! Finally, dapat juga hangout dengan si C yang aku pernah cerita dulu tu. Ingat lagi takkk ?! Kalau tak ingat aku tak kira kau kena ingat juga ok ! ! ! (Wahahaha emosi pulak).





Inilah si C yan tidak berperasaan tuu hahaha.


Actually, aku plan nak ajak si C ni tengok movie hari jumaat. And at the same time aku cakap sabtu pun nak keluar lagi dengan si A dan si B sekali pergi jalan TAR sebab aku nak pakai henna (hehe). So, end up she decide why not kita keluar je on saturday then pergi lah tengok movie and "pakai henna" tu kan kihkih.





At last keluar dengan si A dan si C je. Si B mana ? Hurm susah betul nak complete 4. Mesti salah seorang ada yang tercicir (sobs).


Sampai sampai je dekat jalan TAR terus pergi Masjid India cari kedai buat henna yang macam lukis lukis tu. Hahaha i dont know why terasa nak pakai tetiba. Selalunya orang nak tunang or kahwin je kan pakai yang lukis lukis tu ? 

Ehh biarlah aku tak kira aku nak pakai gak ! Taapiii kan... si A pun pakai gak tauu ~ Ehem ! Awak dah ada calon ke ? KAHKAHKAH.



Sementara tunggu si A pakai henna tuu ~ (ngeh ngeh).





Haaa cuba tengok muka siapa yang nampak excited sekali ? HAHAHA !


Bagi aku kedai ni best ! Harga pun not bad. Dia offer kalau lukis tu je RM10 untuk satu tangan. Tapi aku rasa macam tak lawa lah pulak kalau tak pakai dekat kuku kan ? So, bila tanya apa semua then dia bagi harga RM30 for both hand. Bila aku laksanakan aksi tawar menawar (ecehh) and yeayyyy kitaorang dapat harga RM25 je for both hand ! Wehuuwwww seronok okay kihkih ~



Bakal pengantin untuk 5 tahun akan datang kehkehkeh ~



Henna sudah berada di jarikuuu ~ Cincin je tak disarungkan lagi ? (Ehh wahahaha).


Lepas dah settle semua lebih kurang sejam macam tu kitaorang decide nak jengjalan dulu lah before gerak Mid Valley. Ya Allah rambang mata weii tengok shawl dekat jalan TAR tuu. Aku kalau bawa duit banyak sikit tadi memang dah plan nak borang satu design shawl nii. Dah la colour lelawa rasa nak beli semua colour sehh wahahaha. Okay next week kita datang lagii !  

Sampai je Mid Valley terus pergi cinema nak beli tiket. Laaaajuuuuu gilaaaa sehh aku berjalan semata mata nak kejar timing hahaha. Suddenly, i was like damn ramai gilaaaa orang weii ! Nak buat macam mana beratur je lah kan. Actually, kitaorang plan nak tengok cerita Kingsman The Secret Service tuu ! 

After 15 minutes queue, dan tibanya giliran untuk kitaorang. Akak tu tanya nak tengok cerita apa bla bla aku jawab. Then dia kata "okay pukul 6pm je yang available. Yang 2:10pm, 4:20pm and 4:50pm FULL."


KAU RASA ?!?!?!?!


Takkan pukul 6pm nak tengok. Confirm lah lepas isya' baru aku balik rumah hahaha. Lagipun yang si A ni kerja memang kesian la dekat dia kan. Seriously rasa bengang sehh sebab tak dapat tengok cerita tu. Haritu nak tengok Suamiku Encik Perfect 10 pun tak dapat gak ! (sobs). Tapi nak buat macam mana silap pilih date lah kott nak tengok movie wahahahaha. 

Dengan perasaan yang hampa maka kitaorang terus lunch ! Hahaha memasing bernafsu tinggi : "Weii aku lapar. Aku nak makan nii, nak makan tuu nak makan tuu haaa ~ Alaaaa aku nak makan semua lah boleh takk ~"

Dialog dekat atas nii si C lah yang cakap. Rasa nak lempang muka dia lelaju pun ada tauu hahaha. Nafsuuuu dia kemahinnn tapi badan dia kecik je. Eyyyy ~ So end up, she decide to eat korean cuisine ! 



Ro..... (hahahaha okay aku tak ingat apatah nama dia). Punya bernafsu sangat at last makan tak habis pun. Membazir betul perangaii si C nii tauu ~




Spaghetti with grilled chicken ! Nyumeyhhh ~ Yang ni of course aku punya ok ! Si C cemburuu, dia kata aku punya lagi sedap huhuhu. Haaa padan muka tu lah time order ikut nafsu lagii kannn HAHAHAHAHA ~

Si A pulak makan sizzling tapi tak sempat nak snap picture sebab dia dah telan dan selamat disimpan dalam perut dia dah wahahaha.



Muka bahagia si C sebab tak habiskan makanan tuu ~ Macam tak luak je makanan tu ? Tak sedap ke...... KAHKAHKAH !






Masa dekat kedai buat henna tu kan, akak india tu tanya "Adik beradik ke nii?". Wahahahaha dahsyat sangat muka kitaorang bertiga ni nampak macam adik beradik kan ? Yang paling adik aku lah kan sebab nampak rendah dari diorang nii hehehe. 

But in reality, memang dah anggap macam adik beradik pun. Sebab nak keluar ke apa ke pergi memana ke nak cerita masalah ke apa semua memang paling ngam dengan diorang nii je lah dan si B tu (tak wujud dalam gambar nii hahaha).


Ukhuwah fillah abadan abada and thank you for everything Nuria, Sarah and Anis ! xoxo.



Thinking for the future - 2 hari je lagi result SPM nak keluar. But i believe Allah is the best of planners and may Allah ease everything for us. Amin. 


Thank you for reading this entry !

No comments: