Saturday, March 07, 2015

3rd Of March ?




Assalamualaikum and hii :))


4 hari telah pun berlaluuu ~ Pewh rasa sekejap gila kott ! Lepas je aku dapat result pada 3/3/2015 haritu, aku agak sedikit busy dan mula memikirkan ke mana hala tuju aku selepas ni ? Rasa tak tenteram je nak buat apa benda pun sebab dalam kepala otak asyik fikir course apa nak apply itu ini dan seterusnya.

So, korang yang dah dapat result tu macam mana ? Mesti melet0pss kebabom kan result korang ? Anyway, congratulations ! Haa result aku macam mana pulak ? Alah kenapa tanya dekat aku pulak ~ Okay result aku . . . (biar aku je lah yang tahu kihkih).

Alhamdulillah, maybe result yang aku peroleh tu tak seperti mana target aku. Apa apa pun aku bersyukur denganNya. Ehh cop ! Korang yang result kurang baik tu kan jangan lah pulak nak terus bersedih or rasa give up ke apa. Maybe Allah tak bagi apa yang korang nak tu sekarang, inshaaAllah suatu hari nanti beb ! Miracle can happen.


"You must believe that Allah is planning something better for you."


"Allah is the best of planners !"


*****

2 hari sebelum tarikh 3/3/2015 tu, aku asyik scroll je twitter baca tweet orang yang berdebar nak ambil result apa semua. BUTTTT aku tak tahu kenapa aku rasa macam tak berperasaan sangat time tu. Kenapa ehh ? Ke... sebab hati aku dah terbuka nak terima apa pun rezeki yang Allah nak bagi. Maybe.

Malam isnin tu punya semangat aku tidur awal tau. Tak nak lah terbangun lambat nak ambil result ke rasa mengantuk ke apa ke nanti kan wahahahaha. Baju pun aku dah decide dah nak pakai yang mana colour apa and everything lah kihkih ~

Esok paginya aku pun sesiap lah nak ke sekolah. Haaa pagi tu pewh aku punya rasa nervous lain macam sehh. Tapi aku buat rilek lah cool sikit kan kengkonon tak cuak (puiih hahahaha). Then plan nak pergi sekolah pagi tu dengan Sarah (si C) dan Nuria (si A) sebab diorang nak gerak sekali dengan aku. 

Si C ni datang rumah aku awal pagi lah gak time tu aku tengah sesiap nak lilit shawl. Sekali tu aku pandang je muka si C ni yang serious gila mengalahkan macam nak pergi ambil exam paper pulak pagi tu wahahaha. Perbualan kami bermula macam nii :


Aku: Weh kau pehal muka macam tu ? Cuak ke...

Si C: Cuak lah weh. Haishh tah berapa lah aku dapat.

Aku: Kau boleh punya lah tak payah risau lah. (Tetiba dalam hati aku pun cuak gak ni tah berapa lah aku dapat. Hurm).


*****

Dah settle breakfast apa semua. Si A pun sampai. Then aku salam mak aku minta restu sikit kihkih. Haaa sampai je sekolah pewh ramainya orang dah datang. Kemain meriah betul sekolah aku nii macam hari raya pulak pakai baju macam macam colour hahaha.

Time ni lah weii berdebar dia tak terkata sehh. Depan pintu dewan tu tak ada orang pulak yang nak berdiri kan. Secara tetiba dengan semangatnya aku, si A dan si C ni berdiri lah dekat depan pintu tu kengkonon tak sabar lah nak ambil result kan wahahaha. Ehhh cop ! si B mana tak ada ke ? Haa ni sorang lagi patut lah dia menyepi je tak tanya nak ambil result dekat mana pukul berapa apa semua. At last, dia tak datang ! Kuanghasam punya orang ~

Makin ramai orang makin berdebar rasanya. As usual aku tengok je muka orang orang yang aku rasa "hurm dia ni confirm straight A's nii" "Haaa dia ni mesti gempak lah". Kahkah aku bermonolog sendiri weh. Takkan nak pergi sembang dengan orang sekeliling pulak tanya "Haa kau rasa kau dapat berapa agak agak". Pewhh aku rasa dekat situ gak aku dapat lempeng breakfast free free je KAHKAHKAHKAH ~








Muka sebelum ambil result nii ~ Ecehh time ni masih mampu lah mengukirkan senyuman kan. Lepas dapat result semua banjir sehh kuikui.






Puan Rosmazarah (Cikgu Addmath SMKDE). Thank you for everything cikgu !



Classmates. Congrats korang ! (Gambar blur).


Huaa tapi apakan daya ini je gambar yang sempat diambil. Yang lain dah emosi sikit dan ramai gak yang dah balik sebenarnya hahaha. Okay, before aku balik sempat lah aku jumpa cikgu cikgu tunjuk result apa semua before diorang yang tanya kan ? 

Alhamdulillah cikgu banyak bagi support and suggestkan apa yang boleh diambil semua. Sempat gak cikgu cerita macam mana dulu step diaorang after spm and so on. Thank you so much cikgu cikgu SMK DARUL EHSAN !

Nak share dekat korang something ni, if korang still pening kepala course yang korang minat tu cukup tak dengan syarat kelayakan korang tu kan. Boleh layari http://semaksyarat.info/ ok. Takpun kalau korang rajin pergi lah dua event dekat bawah nii :



Dekat UIA, aku baru je pergi tadi ~



Siapa pergi esok kita jumpa dekat sana tau ! Kihkih.


"THE FUTURE BELONGS TO THOSE WHO PREPARE FOR IT TODAY."


Thank you for reading this entry !

No comments: