Monday, December 08, 2014

RESEPI - Kek Batik (Ekspress)



Assalamualaikum. 



Haaaaaaluuuuuuuu ! *lambai tangan*

Ewah nampak menarik je title tuuu ?! Of course okay hahaha. Actually Kek Batik (Ekspress) ni dah buat hari jumaat haritu tapi disebabkan busy so tak sempat nak share resepi ni dekat korang. Sorry okay ? Nanti kita kasi kek batik free dekat awak semua yang membaca nii........tapi dengan syarat lah ? DEAL

Syarat dia ........... baca dengan penuh bersemangat sambil berdiri tegak ! Wakakakakaka tah pape seh macam tak challenge langsung kan ? Okay aku memain je tapi kalau ada yang nak rasa kek batik aku ni, kalau korang rajin boleh mention dekat twitter okay ? Kehkehkeh.

Kek batik ekspress ni laju dia macam korang naik bas ekspress yang dari KL-JB lah kot ? EH EHH yekeee nii ? Hahaha ok tak tipuuu jeww haha. Actually kalau korang nak buat kek ni tak lah susah mana. SERIOUS ! Sangat menjimatkan masa dan bagi aku kek ni kalau "tetiba" korang rasa nak makan, boleh je terus pergi dapur buat. Tu pun kalau korang "tetiba" rasa rajin lah ? Kahkahkah. 

Resepi aku ni simple je tau. So sesiapa yang kerajinan dia 50-50 boleh lah try. At last mesti korang master dah nak buat punyaaa !


Yeahhhhhh LET'S START !


Bahan-bahan :
- 1 bungkus Biskut Marie (dipatahkan kepada 2/3 bahagian)
- Buttercup (250 g)
- 2 senduk Milo
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1/2 tin susu pekat
- Sedikit gula
- Sedikit air
- Coklat rice (Optional) 




Cara-cara :
1. Masukkan buttercup ke dalam kuali dan cairkan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan sedikit air + milo + serbuk koko + susu dan gula. Kacau dengan api yang perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat (lebih kurang 10-15 min).


kacau sampai pekat macam ni okay ?


3. Masukkan biskut marie ke dalam kuali dan gaulkan sehingga sekata.


4. Alihkan adunan ke dalam loyang / tupperware /  bekas yang telah disapukan butter.
Kemudian, tekan adunan sehingga padat.


Korang mesti tengah terliur tu kannn ~ wakakakaka !


5. Simpan di dalam peti sejuk 2-3 jam. Tapi aku simpan semalaman sebab rasa dia lagi sedap tauuu ! So terpulang lah dekat korang okay ?




Daappppnyewww kek batik ekspress kitaaaaa ~ hihihi.



Rugilah kalau korang baca dan tengok je resepi ni tapi tak nak cuba buat ? Why not korang cuba ! Aku jamin 100% confirm sedap gileeerrrrrr kehkeh. SELAMAT MENCUCI MATA SAMBIL MENELAN AIR LIUR tengok gambar dekat atas nii ! Wakakakaka jahatnya akuuu ~


Ok muah ciked dekat korang ! Bye !



Thank you for reading this entry !

No comments: