Dah 2 bulan rasanya lost contact. Well, people come and go like touch&go ? (ehhh). Maybe orang tengok aku selalu bahagia je macam tak ada masalah kan. Haa tapi kau tak tahu yang tersimpan seribu kesedihan disebalik kebahagiaan aku giteww hahaha.
Memula aku rasa down gilaaaaa seh. Sedih bagai macam dah tak fikir mata nak bengkak ke apa sebab air mata duk mengalir mengalahkan air terjun koo KAHKAH. Auch ! perangai 17 lagi time tu weii. Yelah kita ni kan manusia. Ada masanya memang ada rasa sedih, bahagia, gembira ketawa sana sini. Itu normal beb !
Tapi kalau kau sedih berterusan lepastu mula nak buat perangai sampai nak bunuh diri tu. Haa yang tu kau tak normal dah bruh dan mungkin paleotak kau dah masuk aiyak barangkali wahahaha ~
Actually bila dah lost contact tu, ada lah aku sesenyap stalk dia. Aku tengok dia bahagia boleh move on semua tapi aku ni yang duk mengharap lagi sehh. So i decide block je lah moment and at the same time stalk lah juga kan.
Perghh secara tiba tiba aku kena kejutan yang buat rasa nak tercabut jantung ni haa. Kau rasa ? Okay dia block aku balik beb. Ok perasaan time tu dia macam tak sedih sangat lah kan. WEHH ? What a life ? sobs.
Kau faham tak block moment ni ? Means aku block moment aku so dia tak akan boleh tengok aku update pape dan bila dia pulak block moment dia dari aku. Haa sudah memang dedua tak dapat tengok lah kann ~
Now, kau rasa macam mana aku nak stalk dia ? Setakat instagram je lah yang dia update pun depends kekadang 2 minggu sekali kekadang tah bila dia suka lah kan. TAPI aku rasa sekarang ni dia mesti dah tak kesah pasal aku. Dia mesti berbahagia disamping orang orang tersayang gitew . . .
Aku rasa dia dah semakin jauh dari pandangan mata aku tapi hati aku ni haa mungkin tak lah kot ? Argh serabut paleotak pulak. Kang aku duk layan kesedihan aku ni parah pulak kan KAH KAH KAH.
So, dekat sini aku nak pesan dengan korang. Kalau nak suka tu tak payah lah nak suka sangat. Nak benci pun tak boleh benci sangat. Sebabnya bila semua perasaan tu kau nak letak dekat level ke 99, tu yang bila dia jatuh dari atas ke bawah sampai tergolek golek kau menangis, sedih bagai semua.
Come on gurlsss ! Kita tak boleh nak jadi lemah sangat. Be a strong gurl okay ! Kalau boleh kita jangan terlalu mengharapkan sesuatu tu daripada seseorang sebab kita tak pasti yang orang tu pun mengharapkan benda yang sama macam kita ke tak kan ?
But but but . . . i believe that destiny can meet us again one day ! Maybe ?
Nah hadiah untuk korang. Jommm kita layanzzz lagu Hani & Zue - Jauh dulu okay ?
P/S: "Ingin terus ku berlari dari realiti yang menyakitkan ini..."
Thank you for reading this entry !