Wednesday, December 31, 2014

End Of 2014 ?



Assalamualaikum koranggggg !


Tipu lah kalau aku nafikan tak ada sedikit pun pengalaman dan kenangan pahit manis aku sepanjang tahun ni kan ?

Maybe korang sendiri pun ada kenangan pahit manis masam masin tawar (ehh HAHAHA) kan ? Yes, aku tahu tak semua pengalaman yang kita lalui tu membuatkan kita sentiasa bahagia. Sometimes, mungkin juga membuat kita derita kottt ?

For me, alhamdulillah selama 365 hari Allah beri aku pinjam nikmat menghidup udara, temukan aku dengan macam macam benda. Selama setahun gak aku banyak belajar benda baru, banyak kenal orang baru dan yang PASTINYA pengalaman baru yang mematangkan diri aku.

Ewahh asal ayat macam deep je nii. Sedih lah weii ! Kihkihkih ~

Okay okay coppp ! Kita tukar mood layan lagu "Jadikan malam ku lebih indahhh ~ Jadikan siang ku lebih teranggg ~" 

*CLAP CLAP* Sedap sehh aku nyanyi memalam nii. Jiran sebelah pun lena tau tidur. Wakakakakakakaka !

Actually siang tadi aku ajak bestfriend aku beriadah sikit. Ye lah memasing merungut je berat naik lah gemuks lah hahaha. Ok tak bukan tu alasan dia ! Kemon lah beriadah tu kan dapat cergaskan badan and at least bila keluar peluh tu dapat lah bakar kalori dalam badan tu kot ? Ehh yekeee teori aku nii ? Macam salah je weii ~ *aduhaii jentik lah dahi sikit HAHAHAHAHAHA*

Time aku scroll TL twitter pagi tadi semua busy update pasal end of 2014, 365/365 and so on. Tak sangka gak tarikh aku ajak bestfriend aku keluar harini cun je kan ?! 

Well, feeling dapat spent time dengan bestfriend ni memang nikmat weii ! Time tu memang tak berhenti nak gelak (sampai orang keliling pandang langsi je kuikui~). Time tu gak asyik nak bahan sesorang. Time tu gak mesti nak main lempang lempang pukul sana sini kan. Time tu gak nak -_____________________- (em apa lagii eh ? Ok siapa pandai apa kata korang lah yang isi blank space tu ehh nanti i nyanyikan lagu taylor swift sikitt ! Kuikui~)


Korang nak tahu ke tak aktiviti riadah apa yang aku buat ? Kalau nak tahu sila jerit kuat kuat "SAYA NAK TAAAAHUUUUUUUUU !"


Ewahh kemain excited nya korang jerit ehh ? Pecah gegendang telinga aku ni ha tauu ~ *Okay takk tipu je wakakakakaka !*





Kiri : Sarah | Kanan : Nuria | Tengah : Aku 
Korang kena faham muka pepagi memang macam ni tau. Dia macam mata tu gegedik nak sepet sikit pastu nampak macam tidur pun ada gak kot ? Kahkahkah !


Gambar atas ni actually lepas kitaorang main badminton sambil gegelak tau. Even gegelak pun peluh tetap keluar eh. So korang main badminton ni kena watlek jee hahaha ! Okay lepas dah berpeluh tu mesti lapar kan ? Lepas lapar kita pergi makan ? Lepas makan kita rasa macam nak balik rumah sambung tidur lah apa lagii. Takkan nak tolong mamak tu basuh pinggan kot ? KORANG SANGGUP KE....? HAHAHAHAHA ~

Amboii kalau lepas makan terus nak balik rumah sambung tidur baik tak payah buat riadah tu weii. Sama je korang menternak lemak lemak tu balik. So ? Yeahh mari lah kita ke gym pulak. WAJIB lah kena bakar segala lemak tu balik untuk kekal sihat ! (Padahal takut gemuks seh hahahaha pondan betul perangai aku nii).



Cermin sebesar muka tu wajib digunakan dengan sebaiknya okay ? Hahaha sebaik tak ada orang time nii. Aku tak tahu la brader yang jaga time ni usha ke apa tapi kalau aku ajak dia join masuk dalam gambar ni mesti dia nak nii kuikui ~


Sepatutnya kitaorang berEMPAT tapi yang sorang lagi tak dapat nak join sebab ada problem pulak. "WEI AKU TUNTUT DATE UNTUK KITA BEREMPAT BEFORE AKU GERAK PLKN !" - Mohon dia perasan aku taip ayat nii wakakakakaka.

Kira tak sia sia lah hari terakhir aku before nak masuk tahun baru kan ? Aku rasa korang pun dah spent time korang harini dengan orang orang yang tersayang kott ? Kalau belum laksanakannya dengan segera ! Ewahh.


NOTE: For now aku tak nak cakap pape pasal 2015 lagii ~ XOXO !


Thank you for reading this entry !

Tuesday, December 30, 2014

Random Activity ?


Sometimes kan bila korang busy seharian buat benda itu ini then pergi sana sini mesti dah tak ingat benda lain dah kan ? Sampai makan pun maybe korang lupa kott ? (tapi tidak pada aku tauu ~ aku asal nampak je makanan yang menyelerekan tekak aku memang aku bedal je !) *thats why i nampak gemuks sikitt tapi sikit je la ehh ?* KAH KAH !


Well, bila dah busy lepastu pulak bebalik rumah mula lah terasa penat letih apa semua weii ! Then korang nampak pulak katil yang empuk lagi gebu gituhhh mula la terus ingat nak baring je sampai malas nak tukar baju mandi apa semua kannnn ? (yang ni spesis aku lah nii ~ Ahakss ! Boleh kena reject kalau mak mentua i baca nii tau kihkihkih).


Lama jugak lah eh aku biarkan laman ni macam tu je ? Alah kan aku dah mukadimah sikit dekat atas tu yang lately ni busy sikit. Ewahh busy KE......???????? Ekekeke ~


Sejak musim hujan ni kan feeling dia nak bukak laptop menaip pun malas tau. Rasa terketar ketar je tangan ni haa nak menaip ! HAHAHAHA ewah kemainn alasan aku tu macam tak boleh blah je sehh. Actually, aku banyak spent masa aku dengan tidur dan baca buku tau masa hujan tu weii ! Eleh korang tak percaya lah tu aku rajin kan ? Cemburu ! Wakakakaka ~


Tapi tak kan lah duduk terperap dalam rumah je kotttt ? Tipu lah kalau tak keluar rumah ke apa kan. Tak kan lah nak duduk rumah membiak kan lemak je kottt ? Ewwwuuuu gewwliii je weii membiak tu ! Wakakakaka tak senonoh seh perangai aku nih *Mohon jentik dahi sikit*. Okay, sepanjang aku tak update blog ni so aku decide nak share sikit lah apa yang aku "busy" sangat buat tu kan....? 

1 2 3 ACTIONNNNNNNNN ! HAHAHAHAHA ~



SHOPPING YEAR AND SALE !

Haa haritu aku ada update pasal event KL YES FEST kan ? Copp ! Korang dah baca ke belum ? Kalau belum sila scroll bawah sikit nanti jumpa leteww okay ? Taapiii..... kalau baru nak baca sekarang korang memang rugi lah ! Jangan jealous sebab i dapat shopping memurah haritu dekat pwtc ! Seriously havoc gilerrr ! Sampai tak cukup tangan nak pegang paper bag weii kuikui ~ 






Redha je lah kawan aku tangkap gambar sesenget macam ni weii ! Hahaha ~



Gambar acah acah candid ni wajib kena ada tau ! Tengok tu haa tak cukup tangan dah nak pegang. Lepasni kena bawa bodyguard kot ? Kihkih.



Bila dah shopping tak hengat dunio tu terlupa pulak aku nak snap picture suasana havoc and crowded dekat pwtc tu ! Okay lain kali lah eh ? Sebab aku excited terjah semua booth tu yang TERRRRlupaaaa tuu ~ Wakakakakakaka.




TEMPAT FAVORITE !



Ewah dekat mana tempat peberettt tuu ? Dekat pantai ke extreme park ke taman layang layang ke ? JENG JENG JENGGGGG ~ 







Kebetulan haritu nak cari barang sikit then kawan aku yang sebelah tu (nama dia sarah) ajak lepak CHATIME ! Tekak time tu haus lah gak. Actually chatime ni memang tempat fav aku dulu. Since spm je aku jarang pergi sebab tak ada masa lah weii nak lepak lepak nii i budak baik okay duduk rumah je baca buku. Kahkahkah hipokrit gilerrr !


MOVIE TIME !

Aku decide nak gerak Mid Valley 28dec haritu sebab nak celebrate birthday si sarah yang dekat atas gambar nii but suddenly she's not feeling well ! Musnah plan aku nak kenakan dia tau (nanti kalau dia baca ni mesti dia suruh aku cerita dari A sampai Z plan aku tu haha). Bila birthday gurl pulak tak jadi join so aku ajak je lah siapa yang agak agak free time tu. As usual lah wei bila aku ajak memasing busy lepastu bila tak ajak mula lah dia nak spamming "ajakkk" "lupa member". Perangai macam ni pondan namanya HAHAHAHA.



CERITA HANTU MALAYSIA
Aku rasa menyesal tengok sebab cerita dia seram terkejutzz tau. Aku rasa aku lah kot yang paling over jejerit dalam cinema tu kehkeh. 



Twins | Tak plan nak pakai baju seakan sama colour. Ini namanya "chemistry" gituhh ~ 



Belakang tu classmates and schoolmates aku. Tapi aku tak faham gak gaya macam mana yang 2 orang belakang tu tengah buat sebenarnya wakakaka !

Actually, aku bukan jenis nak pilih kawan ke apa tapi as long as kau tak buat perangai "taikkk" dengan aku inshaaAllah aku layan kau elok. Maybe sebab kau ni belum tahu perangai aku so that kau buat lah kesimpulan kau tapi kau tak ingat gak orang yang kau ngumpat ni pernah tolong kau. Kau tak anggap aku apa pun pun terpulang lah. For me, nowdays people come and go. So siapa yang betul betul kenal aku maybe boleh stay lah dengan perangai aku even pernah gaduh banyak kalii ~ kehkehkeh (Ewah emo nya aku taip maaflah ye tapi siapa sentap tu maybe dia pernah ngumpat aku leteww ~)


PERGI GYM TU SEBAB NAK SADO KE ?

Amboii dengar je nak pergi gym mesti ingat nak angkat besi yang beberat tu kan. Hello ! Gurl kalau pergi gym bukan nak pergi bina badan sebab nak sado sampai terkeluar segala otot dan urat urat tu lah weii ! Haiyaaa kang aku karate sesorang baru tahu.

Aku pergi gym sebab nak main benda yang lari lari tu je (ko jangan nak ketawa sebab aku tak tahu apa nama benda tu eh..elak tercabut gigi ko aku tumbuk satgii) Ewah gangsterrr nya aku nak buat cenggituuu ~ wakakakakakaka.

Sebab aku sedar yang cuti sebulan ni asyik menternak lemak lemak je lepastu aku merungut rasa gemuks. So thats why la aku decide pergi gym daripada aku pergi jog aku nak kena bangun pepagi tak pun kena jog sesorang. Bosan okaayyyyyyy ~ 



Iye tahu gemuk + pendek, so tak payah nak kutuk eh. Makhluk ciptaan Allah tu semuanya unik tau and we must be thankful.


Korang rasa random activity aku ni ada yang menarik hati korang ke ? Kalau ada apa salahnya kira bermanfaat gak kan aku share ni. Daripada bosan tak tahu nak buat apa better spent time korang dengan benda berfaedah. Lagi best kalau korang spent time buat activity ni dengan family ke kengkawan baik korang ke confirm lagi meriah tau !



Thank you for reading this entry !

Thursday, December 18, 2014

KL YES FEST 2014 !




Assalamualaikumwarahmatullah.



Hello readers ! 

Oh ya, siapa dekat sini yang suka shopping ? *Yeayy kita geng ! Kasi Hi-5 sikitt ! Hekhek* 

Korang mesti suka shopping time SALE ? BETUL TAKKK ? Sebab apa ehh ? Yelah time sale tu semua benda murah sehh ! Ce banyangkan harga baju yang korang selalu beli dekat online tu RM100++, then bila ada sale harga terus jadi RM100 jee ! Ohyemmmjeyyyy ~ Kalau aku boleh trauma sampai tak nak tidur malam fikir nak beli semua design dan colour ! Boleh buat collection dalam wardrobe ~ wakakakaka !

Okay sambung !

Dulu organiser ni pernah buat event time raya haritu, KL RAYA FEST 2014 ! Seriously, aku cakap havoc gilerrrrr time tu. Even tengah berpuasa tapi rupanya ramai je orang yang pergi. Tangan kiri kanan penuh dengan paper bag tau ! Semangat raya katakooo ~ KAH KAH KAH. Ada dalam 400 vendor MELETOPSSS jual baju, tudung, makanan dan lain lain lah time ni. Kira complete kalau nak beli. Time ni semua vendors jual #HARGALORITERBALIK seh ! Siap sedia duit jee nak borang semua time nii hahaha.


**************************************************************************

So, kali ni organiser yang sama gak iaitu *CLICK SINI* adakan Tsunami KL YES FEST 2014 ! Ewahh macam best je kan ?! Of course lah. Korang tahu tak ada dalam 400 TOP VENDOR PALING DIKEHENDAKI NEGARA! #HARGARAILINGTINGGALTULANG daripada semua vendor sebab diorang nak habiskan stock yang ada dan mungkin ada yang release design baru dengan harga meletopss kebabomss gituhh hanya untuk #KLYESFEST2014 beb ! 


"BILA EVENT NI START ?"

"DEKAT MANA WEHHH ?!"

"SENANG TAK TRANSPORT NAK GERAK ?"


Ewahhhh ! Kemain korang ehh ~ Excited macam aku leteww ~ Dah stand by nak korek duit tabung ke minta mak ayah ke minta encik suami or buah hati korang suruh belanja ? Kalau dah sila baca sampai habis ! Sebab aku pun excited gilerrrr nak cerita dekat korang nii (ok tahu over kehkehkeh).




SAVE THE DATE, THE TIME AND THE MONEY ! If not you will regret kihkih ~


Aku rasa korang lagi excited nak tahu TOP VENDOR yang join tu kan ? Agak agak siapaaa ?! Jengg jengggg jenggggggg ~




PERGGHHHHHHHH ~ Tengok nama nama tu confirm korang dah kenal kan ?! Tak rasa excited sampai nak nangis dekat bucu katil nak tunggu hari jumaat nii ? Wakakakaka ! 

Lately, setiap saat aku scroll instagram sebab tunggu vendor update price list diorang. Seriously aku macam nak pengsan tengok semua harga ! Rasa nak pergi beli semua wehh hahaha. Elehhhh mula lah tu tak nak percaya apa aku cakap kan.

Okay meh sini aku review sikit dekat korang dan make sure korang follow instagram diorang tauu if nak tahu more info pasal product and location booth diorang.








SEE ! Kan aku dah kata #HARGARAILINGTINGGALTULANG ! So get ready semua #calaqueens yang power untuk serbu booth calaqisya okayy ?!















Nampak lawa gilerr kan ? Lepastu dah la murah. Jangan lupa follow dekat instagram sebab banyak lagi colour dan design yang lelawa weh ~ Kehkeh !





Jangan risau shawl pun ada jual tau ! Pilih je mana yang berkenan dihatimuuu ~ Hahaha !



Gayekinisha pun ada release signature khas untuk siapa yang pergi #KLYESFEST2014 je tauu ~ Korang jangan lupa singgah booth gayekinisha okay ?


So, HOW ? Korang dah ada plan nak pergi bila? Jangan risau event #KLYESFEST2014 ni berlangsung selama 3 hari (JUMAAT/SABTU DAN AHAD) nii ! Ada masa lagi nak buat bajet list korang nak pergi sana nak borong apa kan. Jangan pergi tak beli pulak, korang memang rugiii ~ Wakakaka ok over lagi aku nii kekeh !

How about transport nak pergi pwtc tu ? Alaaa senang je naik ktm pun sampai dah weh. Bukan jauh sangat nak jalan kaki tu (ko jangan nak malas malas ehh nanti aku kerat kaki tu baru tahu KAH KAH KAH !). Aku nasihatkan korang pergi awal awal pagi sebab ada ribuan rakyat jelata yang nak serbu PWTC nii !

Okay jangan lupa follow @moodrepublik dekat instagram okay ! Korang jangan nak memain eh... #KLYESFEST2014 ni merupakan MALAYSIA's NO 1 FESTIVAL tau ! So, selamat bershopping dan jangan ada yang tak ingat nak balik lah kann ~ Wahahahaha.



Okay aku nak sambung buat bajet list jappp kuikui ~


NOTE: SIAP SEDIA PERALATAN UNTUK BERPERANG SERBU SEMUA BOOTH YANG BUAT SALE DEKAT PWTC TU TAU ! LAGI BAGUS BELI SEMUA SEKALI ~ KEHKEHKEH !


Thank you for reading this entry !

Monday, December 15, 2014

Big Bad Wolf




Assalamualaikum ? 


Siapa tak jawab salam dosa ehh... (kihkihkih)

Hiiii korang ! Siapa dekat sini yang suka membaca ? Ce angkat tangan sikitt ! Ewahh ramainya yang suka ~ Okay memandangkan harini isnin kann ? Mesti bosan tak tahu nak pergi memana kann ?  Why not korang ajak kengkawan ke family ke buah hati ke..... ? (amboii kemain ehh.. wakakakaka !) pergi BIG BAD WOLF !




Actually, event ni dah start lama macam dalam gambar yang korang nampak dekat atas nii kan. 278hours NON-STOP beb ! Jangan risau harini sempat lagi korang nak pergi dan last day dia hari selasa (esok). Aku baru je pergi hari sabtu baru baru nii dalam pukul 1 pagi centu lah. Pergi timing macam tu aku rasa tak sesak sangat kott daripada pergi siang hari dah la ramai gilerssss (Ewah over betul tau aku nii hahaha)

For me, serious best ! Sebab apa best ?  Sebab banyak gilerrrrrr buku tau ! Macam macam buku ada. Kalau korang yang suka baca novel ke suka usha resepi yang best best ke, korang borong je semua buku dekat BBW nih ! Harga dia macam harga gudang gituhhh ~ Kah kah kah.

Taaaapiii kalau korang nak latest books memang takde lah citer dia kan. Mana nak dapat beb. Dah la buku baru tapi korang nak harga murah ehh ? Amboiii biasa diaa nih ~ Kahkahkah ! Alaaa apa salahnya korang tunggu jee 2/3 tahun akan datang ke. Event ni every year ada ! So jangan nak touching lebih ehh ? 

Aku rolling out sikit buku apa aku beli ehh  ? Kehkeh ~




Berakhirnya dekat mana eh agak agak ? Kihkih ~



"Cinta Allah yang paling utama" - Note to myself too.


Kena sangatlah dengan aku kot ? Kah kah kah ~


Even tak celebrate christmas pun, resepi dia menarik tau ! 


Novel melayu jee yang aku paling layan ~ Novel english kalau aku baca memang setahun pun tah tentu habis ke tak. Wakakakakaka ! Ce korang bayangkan 4 buah buku aku beli dekat atas ni harga dia RM28 jee ! Murah ke tak murah ? Gilerrrrrr murah kannn ?! Hahaha yelah kalau selalunya aku beli 1 buah novel tu almost RM 20-25. Haa beli dekat BBW baru dalam RM5 & RM6 beb ! Buku 465 resepi tu baru dalam RM 12 harga dia (Ewah siap cerita harga sekali tauu ! Organiser BBW sila ambil saya jadi pekerja untuk event BBW next year please ? Kehkeh ~)

Ehh korang tunggu apa lagi cepat lah pergi serbu MIECC @ The Mines tu sekarang ! Nanti esok lepas pukul 9.00 p.m jangan menyesal tak pergi ! "Tempat lautan buku hatikuuu" gituhh ~ Ewahh apa korang ingat ada lautan cinta korang je ke.... ?  Hahahahaha ~


Okay have a nice day everyone !


Thank you for reading this entry !

Friday, December 12, 2014

#4 | Bila Hati Berbicara



BE THANKFUL 

**********************************************************************************


SOMETIMES :

"Kenapa aku rasa hidup aku selalu je tak bernasib baik ? (sigh)"

"Meluat lah aku tengok dia tu ! Asyik dia jee yang selalu cantik dari aku."

"Dia tu semua benda boleh dapat. Aku nii ?"

"Eee penat betul lah semua benda aku nak kena buat kalau macam nih !"


Assalamualaikum genggggg ! 

To be honest siapa pernah cakap macam dekat atas tu ? Jangan nak tipu ehh kalau korang tak pernah. Kangg aku kasi pelempang lelaju baru tahu. Nak ? Wakakakaka !

For me, nowadays ramai orang suka merungut bila tu tak dapat ni tak dapat. Lepastu mula lah perasaan dengkii dekat orang lain kan ? Mula lah rasa Allah tu tak pernah adil dekat diri korang. BETUL KE..... TAKKK ? 

Hellooooo gurls ! Kemon lah... dalam dunia ni tak semua benda kita mampu miliki kan ? Kalau boleh tu pun, semuanya sementara okay. I repeat,  s e m e n t a r a. Sebab apa ? YES dekat dunia ini tiada yang kekal abadi. Even cantik/handsome mana pun rupa paras kita, kaya mana pun kita, bahagia mana pun kita dan macam macam lah nikmat yang kita miliki sekarang ni taaaaaapi...... maybe one day semua nikmat tu Allah nak tarik balik ? WHO KNOWS RIGHT ?


SO, always be thankful for what you have.


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sungguh adzab-Ku sangat pedih.” 
(Ibrahim: 7)









NOTE : Thank God every morning when you get up that you have something to do that day, which must be done whether you like it or not.



Thank you for reading this entry !

Thursday, December 11, 2014

#3 | Bila Hati Berbicara




JODOH Itu Rahsia Allah S.W.T

*************************************************************************************


"SEKUAT mana kita setia, SEHEBAT mana kita merancang,
SELAMA mana kita menunggu, SEKERAS mana kita bersabar,
SEJUJUR mana kita menerima dirinya,
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, 
kita tidak akan bersama dengannya. 
Jika takdir Allah telah menulis JODOH kita dengannya, 
kita TETAP akan bersama dengannya."


Sometimes kita tak tahu jodoh kita berada di sekeliling kita. Sebab apa ? Sebab jodoh tu rahsia Allah. Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang kita dah lama kenal dan tak semestinya orang yang baru kita kenal itu bukan jodoh kita ? Allah lebih mengetahuinya.



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. 
Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."
(Surah Al-Baqarah: 216) 


Allah S.W.T menetapkan 3 bentuk takdir dalam masalah jodoh. Pertama, cepat mendapatkan jodoh. Kedua, lambat mendapatkan jodoh tetapi suatu ketika pasti akan mendapatkannya di dunia. Ketiga, menunda mendapatkan jodoh sehigga di akhirat kelak. 

Itulah rahsia JODOH. Hanya DIA yang mengetahui bila kita bertemu jodoh ? Hanya DIA yang mengetahui dengan siapa kita berjodoh ? Hanya DIA juga yang mengetahui dengan cara apa kita bertemu jodoh ? Tugas kita adalah menerima apapun keputusan terbaik menurut Allah dan jangan pernah berasa penat untuk meminta dan terus meminta melalui DOA kepada-Nya.




"Tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saatnya."


NOTE: Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik baik rancangan adalah daripada Allah jua.


Thank you for reading this entry !

Wednesday, December 10, 2014

#2 | Throwback



Assalamualaikum koranggg !


"No matter how much you think you hate school, you'll always miss it when you leave."


YES . Dulu masa zaman sekolah mesti ramai yang tak sabar bila lah nak habis sekolah kann TAPI sekarang ni mesti ramai yang mula rasa rindu dengan kengkawan korang kan ? Bila rindu yang membuatkan korang ada perasaan appreciate tu. Betul tak betul takkk ?! ekekeke ~

Oh yeahhh so entry kali ni aku rasa nak throwback time 2/3 weeks before aku ambil spm haritu. Ohhmyyyy ! Tahu tak perasaan nervous, berdebar dia cmne ?! Time tu lah korang mesti rasa nak pulun semua masa yang korang dah sia siakan dari form 4 lagi kan ? Time tu jugak korang mesti rasa "wehh pebenda ni hakk elahh macam ni je ke nak faham ? Asal lah dari dulu susah sangat aku nak accept benda ni dalam paleotak aku eh ?" 

Dan time tu gak korang akan rasa "ewah ni kalau dari form 4 aku boleh accept benda ni memang tak banyak la subjek yang aku gagal." So, betul lah kan orang dulu dulu kata sesal kemudian tidak berguna ? Tapi time tu cikgu fizik aku selalu pesan "kita memang dah tak banyak masa tapi kita masih ada masa." 


"WEH KAU TAK RASA STRES KE TIME TU ?!"


Amboiii siapa kata aku tak stres ? Stres sikitt je kottt. Aku jenis tak suka nak mengstres kan diri. Bagi aku kalau selamanya nak stres, time belajar macam tak seghonokk lah (adik adik yang nak ambil spm next year tu contohi lah akak eh ? Ewahh "akak" gituhh ahaks !). 

Bagi aku daripada nak stres stres baik aku ambil gambar penuhkan memory aku (okay macam takde kaitan jee) kehkeh. So, korang dah get ready ke nak tengok gambar throwback aku yang over nii ? Wakakaka !


Let's rolling outtttt ~



ni time solat hajat sempat lagii ~ MashaAllah sistah ~ wakakaka !



meriah sehh yang dekat belakang tuu ~ 



dorang ni pantang nampak aku keluarkan hp semua excited tau ~ hahaha !



tengok tu muka sesorang berair je dekat mata kahkahkah.



anis, kausy, vino kohi and sarah



tak tahu asal dia ni menangis beria sangat ~ yeah muka aku memang nak senyum je !



ni peminat tegar lee min ho tauu tapi i sayang dia sebab dia pembaca tegar blog i. So i nak muah ciked lah ! kehkehkeh.



my fav girls (MIA nuria)



the annoying classmates


Kan aku dah cakap, aku jenis tak suka mengstreskan diri. So i decide to save my memories at school with pictures ! Bukan senang nak ada reramai dalam 1 gambar kan. Lepasni mesti ada yang excited nak ambil gambar dengan aku lepas tu request suruh masukkan dalam blog letewww (sesiapa yang gambar dia terpilih dekat atas ni sila baca ye) wakakakakakaka ! 



"We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can
we create the illusion for the moment that we're not alone."

P/S: Sorry gambar ada yang over dan tak berapa cantik kott ? XOXO !

Thank you for reading this entry !

#2 | Bila Hati Berbicara



PENDAM

  • Aku yang mengejar bayang cinta
  • Kian terbiar
  • Terpendam kata
  • Tak terungkap selamanya

  • Pedihnya hanya aku yang merasa
  • Mahu memilikinya
  • Aku hanya hamba cinta

  • Bisik hatiku lepaskan dirinya
  • Sungguh aku tak bisa
  • Biarlah ku sendiri
  • Tanpa kasih di hati

  • Aku tak mampu pertahankan lagi
  • Cinta yang menyakiti
  • Biarlah aku pergi
  • Tiada hampa di hati

  • Pedihnya hanya aku yang merasa
  • Mahu memilikinya
  • Aku hanya hamba cinta

  • Bisik hatiku lepaskan dirinya
  • Sungguh aku tak bisa
  • Biarlah ku sendiri
  • Tanpa kasih di hati

  • Aku tak mampu pertahankan lagi
  • Cinta yang menyakiti
  • Biarlah aku pergi
  • Tiada hampa di hati

  • Aku yang mengejar bayang cinta






Thank you for reading this entry !